Welcome to http://sainstahun1-pjyc.blogspot.com/

Wednesday 5 December 2012

Contoh RPH


Contoh RPH

Tema / Topik : Benda hidup dan benda bukan hidup
Kelas : 1L
Masa : 60 minit
Kandungan Standard : 1.1 Memahami ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup.
Standard pembelajaran : 1.1.1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
1.1.2 Mengenal pasti sifat-sifat dan keperluan benda-benda hidup
1.1.3  Mengenal pasti sifat-sifat dan keperluan benda-benda bukan                                                                                             hidup.

Hasil Pembelajaran : Di akhir sesi pembelajarn ini, murid-murid dapat mengenal pasti ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup.

EMK : Kreativiti

Nilai Murni : Menghargai nyawa dan benda di sekeliling.

Aktiviti : 
1. Guru membimbing murid menamakan semua benda  di sekeliling berdasarkan pemerhatian dan  pengetahuan sedia ada di luar bilik darjah.
2. Murid-murid menama dan menyenaraikan benda-benda yang terdapat di kawasan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    kajian berdasarkakn pemerhatian mereka selepas balik ke bilik darjah.
3. Guru memperkenalkan istilah benda hidup dan benda bukan hidup di papan hitam.
4. Guru memulakan pengajaran dengan menggunakan video-video menarik yang telah disediakan.
5. Perbincangan diadakan sebelum membuat lembaran kerja.

Penilaian : Menyiapkan lembaran kerja 

Saturday 27 October 2012

Monday 22 October 2012

Ciri-Ciri Benda Hidup

Ciri-Ciri Benda Hidup

a) Bernafas



b) Bergerak


c) Memerlukan makanan dan minuman






d) Melalui proses tumbesaran





e) Boleh membiak



Sunday 21 October 2012

Benda Hidup Dan Benda Bukan Hidup

Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup

Benda-benda di sekeliling kita terdiri daripada benda hidup dan benda bukan hidup.

Tumbuh-tumbuhan dan haiwan ialah benda hidup. Benda hidup memerlukan makanan dan minuman, tanpa makanan dan minuman, mereka akan mati. Benda hidup dapat :
a) Bernafas
b) Bergerak
c) Memerlukan makanan dan minuman
d) Melalui proses tumbesaran

Contoh: 
i) Manusia


ii) Binatang


iii) Tumbuh-tumbuhan


Benda bukan hidup merupakan benda yang tidak pernah mengalami proses hidup. Benda bukan hidup 
a)  tidak bernafas
b) tidak bergerak
c) tidak memerlukan makanan dan minuman
 d) tidak melalui proses tumbesaran

Contoh:
i) Meja


ii) Kereta

iii) Alat permainan